🐯 Resepi Rendang Ayam Sedap Azie Kitchen
ResepiRendang Ayam, resepi yang diadaptasi dari chef terkemuka kita iaitu Chef Wan. Hidangan yang sedap dimakan bersama lemang, ketupat ataupun juga pulut kuning.Untuk resepi ni Che Nom gunakan cara menumis dalam minyak kerana dapat membangkitkan aroma rempah yang digoreng, tetapi anda boleh juga gunakan kaedah memasak rendang tanpa menumis, iaitu masuk kesemua bahan dalam kuali dan masak
AzieKitchen Rendang Ayam Mudah Dan Sedap Recipes Chicken Recipes Asian Cooking Bila kuah dah pekat masukkan pula daun kunyit dan daun limau purut Untuk resepi rendang ayam ini gunakan cara menumis dalam minyak kerana dapat membangkitkan aroma rempah yang digoreng tetapi anda boleh juga gunakan kaedah memasak rendang tanpa menumis iaitu masuk
ResepiSimpel | resepi ayam lemon madu azie kitchen ~ Bila kamu lagi cari infomasi gambar yang barkaitan dengan keyword resepi ayam lemon madu azie kitchen anda telah datang mengunjungi situs yang tepat . Kami punya 21 koleksi gambar barkaitan dengan resepi ayam lemon madu azie kitchen termasuk informasi dan sumber gambar, gambar, foto
Bahanbahan: ayam (diperap dengan garam, lada sulah dan telur putih) tepung jagung. 4 ulas bawang putih (dicincang) 7-9 tangkai cili api (dihiris nipis) 3 tangkai daun kari. 2 sudu besar mentega. ½ tin susu cair/sejat. 1 sudu besar susu pekat manis.
Koleksi30 resipi menu harian masakan kampung yang sedap, mudah dan boleh dijadikan sajian makan untuk keluarga. Resipi ayam, resep rendang, resepi berbuka puasa, masakan hari raya dan lauk kenduri kampung. 1/2 biji nanas * balance nenas semlm, sbb tu masak resepi ni 5 ketul peha ayam
47 imej Resepi dumpling azie kitchen. Aneka Resepi Masakan | Resepi dumpling azie kitchen ~ memang waktu ini sedang banyak dicari oleh teman-teman disekitar kita, mungkin salah satunya anda. Orang-orang jaman now memang telah terbiasa menggunakan internet di HP untuk melihat informasi gambar maupun video untuk dijadikan inspirasi salah satunya dalam memasak, dan sesuai judul postingan kali
Kebanyakannyaikut resepi puan azie. Resepi rendang sedap giler / rendang daging sedap giler azie kitchen / antaranya, rendang ayam, rendang daging, rendang udang atau ketam. Senin, 06 september 2021 tambah komentar edit. Che nom rendang ayam ~ resipi rendang ayam sedap dimakan bersama nasi lemak untuk sarapan pagi. Butter chicken sedap dan mudah;
KekBuah Kukus Yang Sedap. Resepi Nasi Ayam Nani Rostam yang dikatakan sangat sedap dan mendapat pujian sesiapa sahaja yang Nasi Ayam Paling Sedap Azie Kitchen Resepi Ibu 23597 views 1602 Nasi Ayam Power Dahlias. Resepi Kek Lumut Nestum - Resepi Azie Kitchen. 500 gram mixed fruit 6 biji telur gred A - guna 7 gred sederhana.
Bagianda yang masih tercari-cari resipi biskut yang enak ini salah satu yang perlu dicuba Resepi mazola azie kitchen Year end clearance sale logo zenfone 3 max 5 5 battery yeezy boost 350 v2 beluga 2 0 on feet xiaomi 70mai jump starter power bank zte axon m price in pakistan zowie ec2 a white edition yeezy boost 350 v2 beluga price yeezy boost
. 6/24/2018 Rendang Ayam Pedas Perak versi Bonda Mertua saya sangat sedap dimakan dengan lemang, ketupat dan juga mee hoon. Ianya adalah rendang yang paling sedap di tekak saya. Ianya lain dari yang lain. Wallaaa sedap sangat. Saya ingin dedikasikan resepi ini buat arwah Bonda Mertua saya Hajah Esah Kulup Mat Sari yang menunjuk ajar saya resepi masakan rendang pedas ini. Resepi rendang yang mula mula saya pelajari. Sama sama doakan agar roh arwah dicucuri rahmah dan diampuni segala dosa. Semoga arwah mendapat pahala dari perkongsian ini. Aameen. Ketika menghadiri majlis pernikahan anak buah suami di Ampang Jaya, saya dibekalkan dengan sebekas rendang ayam, mee hoon, kuih bakar dan agar agar kemenyan untuk berbuka puasa. Rendang Pedas Perak, bisik Zatul, yang kebetulan duduk bersebelahan saya. Menelan nelan air liur melihat Zatul dan tetamu lain makan. Setelah merasa rendangnya waktu berbuka puasa, tiba tiba teringatkan rendang yang setiap tahun disediakan oleh Bonda Mertua kerana rasa dan rupanya sangat sama. Sejak berkahwin, saya akan balik kampung suami sehari atau dua hari sebelum raya. Jadi hari sebelum raya, memang suami akan ke pasar bersama Bonda Mertua untuk membeli bahan bahan untuk dimasak rendang dan lain lain juadah raya. Saya akan turut sama menghiris bahan bahan yang digunakan untuk masakan rendang. Semua bahan dihiris kecuali cili kering, lengkuas dan kunyit hidup. Memang agak remeh dan memakan masa. Saya jenis yang tidak tahan panas. Jadi suami akan cari kipas angin dan dipasang ke arah saya yang berpeluh peluh kepanasan. Saya selalu terfikir kenapa perlu dihiris, kenapa tidak dikisar sahaja. Tapi ketika itu, saya tidak berani bertanya. Hanya mengikut sahaja apa yang disuruh. Setelah semuanya siap dihiris, dimasukkan ke dalam kuali besar, barulah api dinyalakan. Dapur gas diletak dilantai bagi memudahkan untuk selalu dikacau. Ketika itu, saya tidak pula memerhatikan sukatan bahan bahannya kerana ianya dimasukkan ala campak campak sahaja. Bayangkan ketika berbuka puasa, kami akan makan rendang yang telah dimasak dari pagi itu secara beramai ramai dengan duduk bersila di lantai. Rendangnya agak berbeza kerana ianya kering dan berserdak kerana penggunaan kelapa parut yang digoreng. Jadi rendangnya memang sedap dicicah dengan lemang. Memang lain dengan rendang biasa yang kita temui di kedai kedai yang dimasak untuk dimakan dengan nasi campur. Ianya berwarna kemerahan dan kering, tidak berminyak minyak. Lagi lama dipanaskan akan lagi kering dan sedap. Cuma pastikan api kecil dan dibiarkan rendang lama lama sehingga kering dan tidak lagi kelihatan basah. Hari ini saya tidak menghiris bawang kerana saya merasmikan penggunaan blender Phillips yang saya beli semalam. Ianya boleh mengisar bawang tanpa menggunakan air. Bahan lain semua dihiris halus mengikut cara Bonda Mertua. Jom layan resepi yang saya salin berdasarkan sukatan yang biasa saya guna dalam menyediakan rendang, cuma kaedah penyediaannya sahaja mengikut cara arwah Bonda Mertua. Maklum dia memasak dalam jumlah yang banyak dalam 4-5 ekor ayam sekali masak. Jangan lupa video penyediaannya ada di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Rendang Pedas Ayam Bonda Mertua 2 ekor ayam - dipotong 14 1 sudu kecil serbuk kunyit 1 1/2 sudu besar garam kasar atau secukup rasa 1 sudu besar gula pasir atau secukup rasa 15 - 20 tangkai cili kering - saya guna 8-9 sudu besar cili kisar Masukkan ayam yang dicuci bersih ke dalam kuali. Masukkan bahan hiris dan bahan kisar ke dalam kuali. Kacau rata. Nyalakan api dan masak seketika agak agak air ayam kering sedikit. Tuangkan santan dan masak dengan api sederhana sehingga kuah hampir kering. Api jangan besar, lagi baik kalau guna api kecil. Kacau sekali sekala supaya ianya tidak hangus dan melekat di bahagian bawah kuali. Tapi kena berhati hati supaya isi ayam tidak hancur. Nota teknik mengacau sangat penting. Jangan kacau bahagian ayam, cuma dikacau di bahagian bawah kuali sahaja. Sementara itu, goreng kelapa parut sehingga keperangan dan tumbuk atau kisar kasar kasar sahaja. Setelah kuah hampir kering dan terbit minyak, masukkan kelapa goreng, garam, gula dan asam keping. Setelah kuahnya kering, tabur hirisan daun kunyit dan bolehlah ditutup api. Lagi lama atas dapur, rendang akan menjadi lebih kering, tidak kelihatan basah dan lebih sedap. Boleh tambah cili kisar mengikut kepedasan yang diingini ketika rendang sedang dimasak di atas dapur. Jika mahu lebih sedap, biarkan rendang lama lama di atas dapur dengan api kecil sehingga rendang tidak lagi kelihatan basah. Minyak akan kering dan menyerap semula pada ayam.
5/09/2019 Hari ini kita sedar atau tidak kita telah berada pada hari ke4 di bulan Ramadhan. Sangat pantas. Bagi orang beriman, mereka akan gusar bila Ramadhan sampai ke penghujungnya. Ramadhan ada banyak peluang yang di alpakan oleh ramai orang. Saya ingin kongsikan petikan tazkirah Zohor oleh Ustaz Rozie Rejab di surau tempat saya bekerja. Antaranya ialah Pertama, Ramadhan menawarkan satu peluang pengampunan dosa. Bukan sahaja dosa pada Allah tapi juga pada manusia. Peluang sama diberi pada mereka yang mendapat Haji yang mabrur. Selain itu, dalam majlis ilmu, semua yang ada dalam majlis ilmu akan diampunkan satu persatu dan hajat mereka akan diperkenankan satu persatu. Jadi jangan lepaskan peluang untuk sentiasa beristighfar samada dalam hati atau secara lisan di mulut. Selepas solat, jangan kelam kabut mahu bangun. Beristighfar lah sekurangnya 3 kali. Peluang kedua yang dialpakan ialah kurangnya berselawat ke atas Nabi. Barang siapa banyak selawat pada aku Allah akan beratkan timbangan amalannya. Peluang ketiga yang mudah ialah menyantuni anak yatim di sekeliling. Cukup sekadar senyuman. Siapa dalam Ramadhan yang boleh buat anak yatim happy, orang ini akan dimuliakan Allah. Peluang seterusnya ialah bila bangun sahur. Sahur adalah waktu terbaik untuk beristighfar. Rugi siapa yang tidak mohon keampunan ketika ini. Tak bangun sahur pun rugi kerana dalam sahur ada keberkatan. Apa yang dikatakan berkat. Benda sikit tapi boleh guna banyak. Rugi jika bangun sahur tapi tidak melakukan solat sunat 2 rakaat. Amalan Ramadhan yang dialpakan seterusnya ialah tidak membaca Al Quran. Baca satu ayat dalam bulan Ramadhan, dapat pahala khatam Al Quran. Kalau selain dari bulan Ramadhan, baca satu huruf dapat 10 pahala. Peluang lain ialah memberi makan orang berbuka maka baginya adalah puasa orang itu tanpa mengurangkan pahala puasa mereka walau sedikit pun. Rugi jika tak ambil peluang. Hatta walau sebiji tamar atau seteguk air. Sunat ketika nak buka puasa, pegang dan belek buah tamar dulu. Peluang seterusnya yang selalu di alpakan ialah tidak menghadiri majlis ilmu yang merupakan taman syurga dunia. Selangkah ke majlis ilmu dengan tujuan dapat redha Allah, akan diberi satu tahun nilai ibadah bagi setiap langkah. Kali ini saya menyediakan rendang ayam versi mudah iaitu semua bahan dilebur semua sekali dalam kuali. Tak perlu tumis tumis. Lagi pun masak untuk seekor ayam jer. Kalau kita memasak dalam jumlah yang banyak contoh untuk majlis atau untuk hari Raya, lebih baik ditumis supaya rendang tahan lama dan lambat basi. Boleh tengok di SINI. Rendang ayam atau daging adalah antara lauk yang saya suka sediakan di bulan Ramadhan. Saya memang tak suka makan nasi yang berkuah. Jadi kuah rendang digaul gaul dengan nasi putih telah cukup untuk membangkitkan selera terutama waktu sahur. Lagi satu saya suka sebab rendang mudah disimpan dengan dibekukan. Ianya tahan lama dan boleh dimakan dengan pelbagai samada dengan nasi putih, pulut, mee hoon atau dicicah roti sahaja. Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini di bawah ini. Juga jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba... 3-4 sudu besar cili kering kisar 1 helai daun kunyit - hiris Sebahagian dari bawang merah, bawang putih, serai dan halia dihiris halus. Sebahagian lagi dikisar dengan bahan kisar. Masukkan ayam dan semua bahan hiris serta bahan kisar ke dalam kuali. Nyalakan api dan masak sehingga ayam kecut. Tuang santan dan masak sehingga kuah terbit minyak. Setelah terbit minyak, masukkan kerisik, asam keping, gula Melaka, gula dan garam. Setelah hampir kering, tabur daun kunyit. Tutup api dan bolehlah dihidangkan.
Setiap kali menjelang raya, kami akan singgah di Batu Gajah untuk membeli rendang tok yang dijual di Bazar Ramadhan dalam perjalanan balik ke kampung suami di Parit Perak. Memang sedap kerana rendang tok memang berasal dari negeri belajar memasak rendang tok dari arwah Bonda Mertua. Beberapa kali juga memasak sama sama dengan arwah sehingga saya dah boleh menghafal bahan bahannya. Balik Kelantan pun saya menyediakan rendang tok menggunakan daging Korban. Saya mengajar bekas pembantu rumah saya, Sri Handayani dan beliau juga boleh memasak dengan sedap. Seperti biasalah bila pembantu rumah dah pandai, semua bahan disediakan beliau. Jadi lama lama kelamaan saya menjadi lupa sukatan bahan bahannya. Walaupun saya ingat semua bahan bahan yang digunakan. Resipi bonda mertua lagi mudah, campakkan semua bahan ke dalam kuali bersama daging, tak perap. Kemudian masak sehingga air daging keluar dan kering, baru dimasukkan santan. Kacaulah sehingga kuah kering yang disukai. Itu semua tinggal kenangan, saya kini merujuk kepada kakak ipar untuk memasak rendang tok kerana beliau juga orang Perak. Sayang sebenarnya kerana resipi tradisionak macam ni, jika tak disimpan betul betul, akan hilang meriahnya. Bila Bonda Mertua meninggal, kami pun dah tak balik kampung lagi. Sekarang beraya hanya di rumah sendiri. Kerana kami menpunyai anak anak yang telah berkahwin yang juga bergilir beraya di rumah mertua mereka pula. Saya beruntung kerana berbesan dengan orang orang di sekitar lembah Klang sahaja. Sebelah tengahari baru bertolak untuk beraya rumah kawan kawan atau saudara mara. Haa itulah sedikit sebanyak kisah bagaimana saya belajar menyediakan rendang tok kerana saya orang Kelantan. Bukan orang Perak. Tapi minat saya untuk belajar resipi masakan tradisional sangat tinggi. Bukanlah sangat kerana nak makan, kalau sekadar nak makan beli sekilo pun dah cukup. Jadi kalau nak cuba masak rendang tok, boleh guna resipi di bawah ini. Lebih lebih lagi orang Perak, kenalah pandai dengan resipi tradisi negeri mereka. Tak boleh nak harapkan orang tua tua lagi. Saya dulu mesti nak belajar, soal masak atau tidak, itu belakang kira. Yang penting resipi ada kat tangan. Jadi kalau nak belajar, boleh beli buku resipi Azie Kitchen, Hebat Di Dapur. Ada resipi rendang tok di layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa menonton video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....Rendang Tok Oleh Azie Kitchen Bahan A1 kilo daging - potong kiub saiz sederhana4-5 sudu besar cili kering kisar - ikut pedas disukai3 kuntum bunga lawang, 1 batang kulit kayu manis, 3 inci biji buah pelaga5 biji bawang merah - hiris3 ulas bawang putih - hirisBahan B kisar halus5 biji bawang merah3 ulas bawang putih1 inci halia1 inci lengkuas5 batang seraiBahan C1 sudu besar jintan kasar/jintan manis1 sudu besar jintan halus/jintan putih1 sudu besar biji ketumbarBahan D3 sudu besar kerisik1 keping gula melaka - 90 gram1 ½ helai daun kunyit - hiris1 kg santan segar pekat1 keping asam kepingSedikit belacan- opsyenalSedikit gula1 ½ sudu besar Knorr Pasti SedapCara caraBahan C digoreng tanpa minyak dan tumbuk bahan A, B dan C ke dalam periuk. Gaul dan perap dengan daging selama 4 jam. Nota lebih sedap jika diperap atas api perlahan sehingga air kering. Kemudian, masukkan santan. Kacau atas api perlahan selama 3-4 jam. Masukkan kerisik, gula melaka dan sedikit sehingga daging mula empuk dan berwarna agak hitam dan kering dan supaya tidak sekali masukkan asam keping dan daun kunyit. Tambah garam, jika perlu Kacau rata. Sesuaikan rasa dan bolehlah ini lebih sedap dan mesra selepas sehari dimasak.
resepi rendang ayam sedap azie kitchen